Bapak Catering and Services merupakan salah sebuah syarikat daripada BC Group & Company. Dimiliki bersama oleh En.Razali Jan Mohamed dan Pn Mohaini Azura Binti Mohd Nor sebagai pengasas dan pengarah bahagian dapur juga merupakan ketua chef Bapak Catering And Services. Ia ditubuhkan selepas penubuhan Restoran Bapak pada tahun 2006. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam penyediaan dan penjualan makanan dan minuman.

Bapak Catering And Services menyediakan perkhidmatan katering makanan dan minuman untuk badan-badan kerajaan, badan-badan koporat segala jenis majlis keramaian seperti kenduri kahwin,hari keluarga, acara-acara besar & kecil dan juga individu persendirian. Kami disini sangat menitikberatkan kualiti makanan dan servis. Berbekalkan pengalaman yang jitu didalam industri perkhidmatan, Bapak Catering and Services melakar pencapaian cemerlang dan menerima pelbagai maklumbalas positif dari pelanggan-pelanggan kami.

Objektif Kami

  • Menjadi pengusaha katering Bumiputra yang terkenal dikalangan Kementerian Kerajaan, Badan-badan Korporat, hidangan Di-Raja, dan juga Individu
  • Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan makanan yang dijamin sedap untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Peningkatan hasil jualan setiap tahun.
  • Menubuhkan cawangan-cawangan katering diseluruh Malaysia dan antarabangsa.
  • Membentuk imej korporat.
  • Mempunyai sistem yang terbaik didalam sektor industri perkhidmatan makanan.

Perkhidmatan Kami

  • Majlis Kenduri Kahwin
  • Majlis Tahlil Dan Doa Selamat
  • Jamuan Mesyuarat
  • Katering Untuk Kursus-Kursus Badan Kerajaan.
  • Jamuan Aqiqah
  • Jamuan Hari Raya
  • Majlis Hari Jadi
  • Majlis Makan Malam
  • Makanan Bungkus
  • Perunding Masakan
  • Pa System
  • Sewa kanopi/Meja/Kerusi/Alas Meja & Sarung Kerusi/Riben